Saturday, 26 January 2013

SUARA HATI SI JEJAKA


Lelaki terkenal dengan sikap mereka yang tidak suka mengekspresikan perasaan mereka menerusi kata-kata dan perbuatan. Namun, sebagai seorang perempuan kamu pasti mahu mengenali si jejaka dengan tindakan mereka. Lebih-lebih lagi si jejaka itu kekasih hati kamu!

  1. Peka akan persekitaran. Sedar atau tidak,  si jejaka amat peka akan persekitaran mereka. Mereka juga seorang yang begitu sensitif dan prihatin. Walaupun mereka tidak mempamirkan scara zahir, tetapi sikap beginilah yang ada dalam diri mereka. Dek kerana si jejaka mempunyai sifat-sifat itu, mereka layak untuk menjadi pemimpin keluarga.
  2. Resah.  Walaupun terkenal dengan sifat ’cool’, namun kebanyakan lelaki akan merasa resah bila berhadapan dengan gadis yang disukai dan juga sewaktu kali pertama mengajaknya keluar. Kebiasaannya lelaki jenis ini dibesarkan dengan orang sekeliling mereka ialah rakan-rakan dan adik-beradik sejantina dengan mereka.
  3. Cemburu. Walaupun kebanyakan lelaki tidak suka untuk mempamirkan sifat cemburu mereka, tetapi ketahuilah kamu bahawa lelaki mudah cemburu apabila kamu sering menyebut nama lelaki lain sewaktu bersama mereka.
  4. Memalukan. Adalah memalukan bagi lelaki jiga tidak berupaya menolong perempuan. Kebanyakan lelaki lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang mereka kasihi.
  5. Sedih. Sekiranya hubungan percintaan kamu terputus di tengah jalan, lelaki juga berasa sedih walaupun mereka tidak tunjukkan secara zahir. Malah, mereka lebih bersedih berbanding perempuan. Bagi mereka, hilanglah macho kalau mereka menangis dek kerana putus cinta.
  6. Sifat kelakian. Lelaki cuba menonjolkan sifat kelakian mereka untuk menambat hati perempuan. Perempuan pula, jika sudah jatuh hati pada si dia, cubalah bagi ’hint’ supaya si dia tahu dan berani untuk mengambil langkah seterusnya.
  7. Memahami. Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan hanya dari perpustakaan. Dari itu, kamu janganlah berasa pelik jika dihampiri lelaki yang tidak memahami kamu. Ini kerana kamu perlu berikan mereka masa untuk memahaminya.
  8. Kesetiaan. Ada lelaki yang begitu setia akan kekasih hatinya. Jadi, walau seramai mana perempuan berada di sekelilingnya, atau betapa hebatnya sifat Romeo mereka kepada perempuan lain, tetapi pasti kamu tetap menjadi nombor satu dalam hatinya.
  9. Jujur. Apabila bercakap ’direct-to-the-point’, mereka mengharapkan perempuan memahaminya. Dengan cara ini juga mereka cuba untuk bersikap jujur. Jadi 60% kemungkinan lelaki yang cakap berputarbelit adalah penipu.
  10. Memahami. Jika seseorang lelaki meminati perempuan, perempuan itu tidak semestinya cantik pada luaranya. Malah perlu cantik dalaman juga seperti budi bahasa, dan juga bersopan-santun. Malah lelaki lebih suka jika perempuan itu mempunyai banyak perempuan dengan mereka.

No comments:

Post a Comment