Kelas sains
Apa ni cikgu keputusan PMR saya punya la baik asal masuk kelas prinsip akaun pulak. Heran betul aku, rasa geram pun ada. Alasan diberi punyalah tak logik. 2 buah kelas sains dah penuh. Kalau dah 2 dah penuh, bukak la 1 lagi kelas sains jadikan 3. kalau semudah tu nak buat takda masalah dalam dunia ni. Minggu pertama dalam kelas prinsip akaun, hari pertama, ”Paan asal awak bukak mulut tu, tutut sikit mulut tu”. Haaa.... apa aku buat dalam kelas prinsip akaun ni, bagai tak percaya aku duduk dalam kelas ni. Mata pelajaran yang aku tak suka akaun, masuk minggu kedua pun sama aku tak boleh nak ikut apa yang cikgu mengajar, tapi mujur la cikgu yang mengajar tu lawa, terubat sikit hati. Habis je waktu sekolah sambil kayuh basikal fikiran aku melayang, tak boleh jadi ni sampai bila aku nak jadi macam ni, duduk dalam kelas yang aku tak suka. Dah masuk minggu kedua, jadi satu tekanan buat aku. Sampai je dekat rumah tengok mama tengah lipat baju, mama saya nak tukar sekolah la. Kenapa along ada masalah ke dekat sekolah? Soal mama. Lain masalah takda mama, tapi kelas yang saya masuk sekarang ni, masalahnya saya tak suka. Kalau macam tu tukar sekolah dekat kampung atuk nak tak? Atuk pun berdua je dengan nenek. Wah mama dah bagi lampu hijau, dari musim sejuk kini masuk musim bunga, punyalah girang hati ni.
Sekolah baru
”Haaa.... ni la sekolah baru along, tak jauh dari rumah atuk dalam 6 kilometer jer”, cerita atuk. Lagi pun apa nak heran bukan jalan kaki naik bas pergi sekolah. Hari pertama punyalah semangat, mujur la bas sekolah berhenti depan rumah atuk. 7 pagi bas sampai, da;am perjalanan tu aku ada perasan ada benda tak kena pada bas ni, enjin bunyi lain macam jer. Tengok driver releks je, cam takda masalah jer. Aku buat tak tahu jela, kalau tegur dikatanya kita menyibuk pulak. Dalam jarak 300 meter nak sampai sekolah aku tengok bahagian depan bas dah berasap, kecoh budak-budak dalam bas, lepas tu aku terhidu bau hangit. Doom... doom bunyi apa pulak ni, bas berhenti mengejut, driver suruh budak-budak keluar. Nasib baik aku duduk dekat pintu kecemasan, bukak pintu terus je lompat. Rupanya enjin bas jatuh, punya la aku tak percaya apa yang aku nampak. Ni la first time aku tengok enjin bas boleh tertanggal dari bas, kesudahannya jalan kaki jela. Di sekolah baru aku ditempatkan di dalam kelas sains 1, akhirnya dapat juga aku merasa masuk kelas sains, tapi ada masalah lain pulak muncul. Dalam kelas tu ada 25 orang murid, 20 murid perempuan 5 jer lelaki. Dah la monoriti, duduk pulak dalam taman bunga. Hampir 1 bulan setengah lepas tu aku dapat surat dari sekolah teknik. Tahniah anda diterima masuk ke sekolah teknik. Wah tersenyum lebar aku pada waktu tu. Petang tu jugak aku telefon mama. ”Hello mama, saya nak tukar sekolah lain, kali ni masuk sekolah lagi baik punya”. Kan dah elok masuk kelas sains, nak buat apa masuk sekolah teknik pula soal mama. ”Ala mama ni last, lepas ni takde nak tukar-tukar sekolah” pinta aku pada mama. Okey mama bagi, tapi ingat ni last ye, lepas ni takde nak tukar-tukar lagi. Akhirnya aku menghabiskan 2 tahun di sekolah teknik, pelbagai kenangan manis yang aku dapat semasa berada di sekolah tersebut.
Surat
”Kau dapat berapa keputusan SPM, aku cukup-cukup makan je, lain la kau, aku heran la tengok kau study tak banyak lepas tu banyak main tapi keputusan kau gempak” soal kawan aku. ”Ala, keputusan kau pun elok juga Cuma aku lebih baik sikit je dari kau” sambil aku tersenyum. Selepas itu aku melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Dipoma Mltimedia selama 3 tahun.
Masalah ni abis belajar satu keja pun tak dapat dah masuk bulan ke 2, tak kan aku nak lepak cam ni je. Banyak interview aku dah pergi tapi takkan satu pun tak sangkut, ”Along ni ha ada surat ni, mama letak atas meja ye”. Dengan langkah malas aku pergi mendapatkannya. Surat apa la pulak ni, sambil mata aku memandang tulisan yang tercetak nama aku, ni macam surat kiriman rasmi je, sekali lagi jantung aku rasa macam tersentak ’Tahniah anda ditawarkan tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke perigkat ijazah di UK’. Rasa nak pitam juga tengok apa yang tertulis dalam surat. Aku masukkan balik surat tu dalam sampul dan tarik nafas lepas tu keluarkan balik surat tadi. Sah memang sah aku ditawarkan sambung belajar keluar negara. Kali ni bukan musim bunga, dah masuk tahun baru untuk aku dipenuhi dentuman bunga api.

No comments:
Post a Comment