Saturday, 26 January 2013

10 RESIPI RAHSIA CINTA

  1. Kekuatan berfikir. Cinta bermula dari fikiran kamu. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali si dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat.
  2. Kekuatan untuk menghormati. Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang kamu patut hormati ialah diri kamu sendiri.untuk mulai menghormati diri kamu sendiri, kita patut bertanya pada  diri sendiri ”Apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri. ”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.
  3. Kekuatan untuk memberi. Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada diri kamu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan “Apa yang akan aku dapat?”.
  4. Kekuatan persahabatan. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hugungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
  5. Kekuatan daripada sentuhan. Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkn dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta.
  6. Kekuatan untuk melepaskan. ”Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu,. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. Sentiasa beringat bahawa ”Hari ini aku melepaskan semua takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku – hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
  7. Kekuatan dalam komunikasi. Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintainya dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 perkataan magis : ”Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa kata kamu katakan dan sekarang tanpa kamu menunggu?
  8. Kekuatan daripada komitmen. Jika kamu ingin mendapat cinta yang berlimpah ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan ia akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubingan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat pada komitmen pada seseorang, berhenti mnecintainya bukan merupakan pilhan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
  9. Kekuatan semangat. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang daripada komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok daripada cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adakah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat.
Kekuatan daripada rasa percaya. Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam satu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang boleh menjadi curiga, cemas, serta takut orang lain merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh juga. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cinta tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyalah pada dirimu sendiri ”Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?”. Jika jawapannya adalah ”tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

No comments:

Post a Comment