Saturday, 26 January 2013

BILA KEMARAHAN MEMUNCAK


BILA KEMARAHAN MEMUNCAK

Agaknya macam mana korang semua mengawal kemarahan korang yer! Hurmm bukan apa, ada satu hari ni kawan Mia ni datang pada Mia dan dia bertanya macam mana untuk mengawal dan mengurang kemarahan dia.

Pelik dengan soalan kawan Mia tu. Dalam fikiran Mia, Mia pun terfikir jugak macam mana Mia kawal kemarahan Mia. Sebab kadang-kadang Mia juga terasa Mia ni ’hot tempered’ jugak bila ada yang tak kena mula la Mia meradang. Alaaa manusia biasalah kadang-kadang akan rasa gembira, sedih, kecewa, marah dan macam-macam lagi. Lumrah alam.. hehehe..

Jawapan Mia pada kawan Mia adalah sentiasa bersolat dan berdoa dan jangan sesekali ’skip’ solat kerana solat tu wajib tau. Si kawan Mia mula la bercerita katanya dia sejak akhir-akhir ni kemarahan dan sakit hati dia semakin menjadi-jadi. Katanya dia baru tersedar yang dia ditipu kekasihnya yang disangkakan bahagia ke akhir hayat tapi hujan pulak di tengahari. Hurmm kesian Mia dengar cerita dia. Rasa takut pulak nak bercinta tapi naluri hati sapa tak mahu bercinta dan kawen beb!

Kawan Mia kata, dia ni kalau ’tension’ dia lebih suka dengar lagu kuat-kuat. Biasanya pilihan lagu macam lagu orang puteh macam Black Eye Peas ke, Rihanna ke dan macam-macam lagi. Tapi bila dah terlalu semak dan asyik terfikir ditipu bekas kekasih lama dia je, dia akan mula dengar lagu nasyid dan zikir-zikir yang dipasang. Katanya kemarahan dia akan reda sedikit. Tapi bila teringat, marah tu datang balik.

Adoi susah jugakkan nak kawal kemarahan ni. Mia cadangan dia supaya ambil cuti yang panjang biar masalah yang berserabut di kepala dapat diselesaikan. Mia juga cadangkan dia supaya bercuti di pulau-pulau, pantai, air terjun atau balik kampung dan lepak bersama keluarga adalah lebih afdhal kerana keluarga lebih memahami situasi yang kita hadapi adalah lebih baik berkongsi bersama keluarga bukan untuk membuat ibu ayah kita pening kepala dengan masalah kita tapi sekadar meminta pendapat dan nasihat. Iyalah, mereka kan terlebih dahulu makan garam daripada kita, betul tak?

Lagi satu, apa yang Mia ingin katakan adalah bersabar dan memaafkan. Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal. Percaya pada janji Tuhan. Memanglah sekarang kita akan merasa sakit hati dan marah yang melampau-lampau tapi kalau kita reda dengan segala ketentuan yang terjadi kepada kita. Kita akan rasa tenang dan kepala pun tak serabut. Janganlah terlalu memikirkan hal yang dah lepas jadikan ia pengajaran dan sentiasa berwaspada. Tak salah kalau kita menoleh ke belakang tapi sentiasalah beringat dan berwaspada.

No comments:

Post a Comment