- Daging Merah
- Hati Ayam
- Ikan
- Sayuran Hijau
- Kekacang
- Tahu
- Tempe
- Bayam
- Kangkung
- Kuning Telur Campur Madu
- Suplimen Besi
Friday, 22 March 2013
Makanan Yang Boleh Menambahkan Darah Dalam Badan
Thursday, 21 March 2013
HOBI
Ok Kali Ni Aku Nak Cite Sikit Pasal Hobi Aku.. 1st Skali Mmg Hobi Aku On9 La.. Hahhaa... Facebook Twitter N Blog 2 Dah Wajib.. Tapi An.. Sejak Aku Kenal BF Aku Yang Kaki Bowling Ni.. Dengan Aku Skali Sama Naik.. Ntah Cam Mana Boleh Terikut Pun Xtau La.. Tapi Bagus Gak.. Tapi Yang Malangnya Aku Xpandai Main Mcm BF Aku.. Cemburu Jugak Bila Dia Pandai Main Tapi Aku X.. Haishh!! Cam Ne Ekk??? Xjumpa Skill Lg Kot.. Tapi Pape Pun Aku Enjoy Boleh Buat Sama2 Apa Yang Dia Suka Dan Aku Suka.. Yang Penting Skali Kami Bahagia ! Enjoy Do Things We LOVE Together ..
How I Describe LOVE
Love Full With Problems ! Love Make Your Life Complicated ! Love Make Your Life SUCKS ! Love Make You Waste Money, Time, And Everything ! But LOVE Tell You How To SMILE, LOUGH, And CRY.. To Me Love Is Beauty.. Love Is Universal.. With Love People Was Born.. With Love People Die.. How I Live Today Is Because Of Allah And For Sure I Live Today Is Because My Love Towards Someone Who I Love.. Mohd Nazri Bin Mohd Ariffin.. He's Too Special For Me.. He's Perfect For Me.. He's Everything For Me.. I Can't Prove How I Love Him.. But He'll See Somehow Someday.. Hoping For The Day .. I Love You >.<
Co-Workers [Problem]
Bukan Senang Nak Sabar Dengan Perangan Orang Sekeliling Kita.. Pergh!! Xtau Nak Cakap Cam Ne.. Yang Paling Masalah Skali Dengan Ex GF Balak Aku.. 1 Tempat Keje Kot! So Masalah Skrg Aku Ada La Try Nak Kawan Ngan Minah 2.. Tp Minah 2 Mmg Kerek Ahh.. Cemburukan Aku Ngan Balak Aku.. Ko Ngan Dia Sejarah Dah Kot.. So Xperlu La Nak Cemburu Bagai.. Balak Aku Ni Pun 1.. Nak Jaga Hati Dua2.. Adehh!! Kadang2 Rasa Cam Bencana lak Bila Kerja 1 Tempat Cam 2.. Harap Aku Sabar Banyak2.. Xmo La Hubungan Aku Ngan Dia Xkekal.. Penat Kot Asyik Xjadi.. Harap Yang Nim Sampai Akhir Hayat Aku.. Kalau Ditakdirkan Aku Xde Jodoh Ngan Dia.. Tarik La Nyawa Aku Sebelum Ia Terjadi.. Aku Xsangup.. Hummm.. Agak Kecewa Hari Nim.. Tp Xpe La.. Baru Permulaan..
Wednesday, 20 March 2013
Mencari Bilik Sewa Area Mesra Mall Kemasik
1st Of All Aku Memang Tengah Sibuk Cari Rumah Sewa Sekarang.. Yela Kan Aku Masuk Kerja 25/03/2013 Ni.. So Mmg Aku Kena Cepat La Kot.. Macam2 Cara Dah Aku Try.. So Kalau Boleh Aku Nak Bilik Sewa Now.. But Almost Yang Aku Dapat Area Kertih.. Jauh La Pulak Nak Pergi MM Nanti.. Xde Transport Lak 2.. Humm.. Menyusahkan Betol.. Pape Pun Wish Aku Dapat Umah Sewa Cepat-Cepat.. Sape-Sape Yang Tau Pape Sal Bilik Sewa Boleh La Bgtau.. Mekasih.. :)
Tuesday, 19 March 2013
I Got A JOB !
Gi Mall For Interview Awal Kot.. Dalam Area 11.30 Pagi Sampai Sana.. Tapi An Interview Kul 4 PM.. Hahahaha.. Awal Giler.. So Sampai Je Sana Aku Ngan Member Aku, Nisa, Pergi Karoke Kat Area Dalam Mall 2.. Sampai Xde Suara Duk Karok Dalam 2 Dua Org.. Habis Je Karok Ngan Nisa.. Aku Pi Kat Azroy, Angah And Lida.. Dorg Tgh main Bowling Tapi Dah Slow2 Nak Abis.. So Lepak C2 Jap.. Tut-Tut Pas Habis Bowling Dorg Ajak Karok..Gila Tol.. Baru Je Abis Nak Sambung Lagi.. Aku Join Jela An.. Rezeki Jgn Ditolak..Hahhahaa.. So Karok La Skali Lagi.. Mmg Pas 2 Mcm Xde Suara Dah.. So Pas 2 Duk Main Bowling Dengan Faiz And His GF.. So Habis Semua 2 Pi Lunch Ngan My Sayangs !! Rindu Sangat-Sangat Kat Dia.. Tapi An Kesian Angah Sebab Habis Main Bowling Moto Dia Kena Curi.. Humm... Kesian Kan.. So After Semua 2 Aku Pun Pi La Interview.. Nervous Gak Sbb Xpernah Ada Pengalaman Pun.. "Tahniah Anda Diterima Berkerja Dengan Syarikat Kami, Selamat Datang" Hahahaa... Sukanya Aku Dapat Kerja.. So Then Org Pertama Aku Bagitau Mestilah Sayang Aku Kan.. HEhehehee... So Pas Interview Aku Just Pi Cari kemeja Warna Hitam.. So Jumpa La Kot.. Pas 2 Beli Kasut Hitam.. Tapi Xikot Syarat Katanye Sayam Aku.. Hahahhaa... Sampai hampir Nak Kena Tarik Telinga Sebab Aku Cerewet Kot Memilih Kasut.. Sampaikan Aku Ckp " Dah 2 Pi La Pilih2.. Nt Org Tgk Ok Ke X" Hahahhaha... Last2 Dia Pilih 1 Kasut.. Berkenan Jugak La Masa Tengok 2.. Pandai Lak Dia Pilih.. Tengs For That.. Hohohooo.... Haaa Aku Terskip 1 Cite.. Aku Pi Tindik Subang Hari Nim.. AGak Sakit Kot .. Yela Kan Aku Xpernah Bertindik Pun Sebelum Ni.. So 2 La Pengalaman Pertama Aku bertindik Selain Interview Hari Nim.. Hahahhaa.. Klaka Pun Ada Jgk Kadang2.. So Aku Rasa Cam dah Banyak Kot Aku Taip... Hari Ni Mmg Penat Giler... Mcm Nk Tido Awal Je Rasa... Ok Lah... Chau Dl.. Love You.. :)
Monday, 18 March 2013
Mariage ??
Saat Pertama Kali Aku Tengok Dia Hold Baby 2 Kiss Baby 2.. Hati Aku Mula Terdetik.. Mesti Dia Bahagia Kan Kalau Dapat Hold Anak Sendiri... Kiss Anak Sendiri.. Sayang Anak Sendiri.. Ehh Jap2.. Aku Cakap Sal Baby Ni Aku Nak Khawin Ke???? Ohh God.. Hemmm... Kadang-Kadang 2 Ada Jugak La SIFAT KEIBUAN Aku Nim.. HaHahahaa... Sejujurnya Memang Aku Nak SANGAT-SANGAT Anak.. Aku Suka Baby.. SUKA SANGAT !!! Tapi Aku Dah Ready Ke Nak Masuk Alam Perkhahwinan Yang Penuh Dengan Tangungjawab??? Think3.. Maybe Aku Ready But Aku Rasa Half-Half.. Mungkin Sayang Lagi Dengan Dunia Bujang Aku Nim.. So Maybe For Now Hold Dulu Lah Pasal Khawin Nim.. Tapi An !! Kalau lah an.. KALAU.. Kalau Dia Melamar Aku Awl Apa Aku Nak Buat? Chewah.. Berangan Betol Aku Nim.. Ok La Kan KALAU Je Ea.. Ehh Memang WAJIB la Aku Terima SIOT !!! Bodoh La An TOLAK Lamaran Org yANG AKu Nak Hidup Bersama.. Hohohooo... Will You Marry Me?? I Do I Do !! >.<
My 1st Interview As CRO
Pergh!! Saat Aku Dapat Tau Kena Interview Esok Rasa Cam Nak Terbalik Dunia Aku Jap.. Memang Nervous Gile Kot.. Ntah La Nanti Cam Ne.. Semua Perasaan Ada.. Maklumla Kan Kali Pertama Interview And Maybe Kerja Pertama Aku Selama Aku Hidup 21 Tahun Nim.. Hahahahaa.. Kadang-Kadang Aku Terfikir Gak Cam Ne Aku Leh Hidup Mengangur Selama Ni?? Mcm Ajaib Je Cam Mana Aku Leh Hadapi Tahun-Tahun Mengangur Aku Nim.. Pape Pun Wish The Best La Kot For Me Esok !! Really Hope For That 1st JOB..
Friday, 15 March 2013
My Love Story
Cinta Bagi Aku Memang Merumitkan.. Yelakan Kena Jaga Hati Dua-Dua Pihak.. Bukan Senang Right? But Tu Semua Xmenghalang Aku Dari Bercinta.. I Know Susah Bila Masuk Part Bercinta Ni.. Tu Xboleh Ni Xboleh.. Dalam Process Awal Perhubungan Xpelik Kalau Always Gaduh Sbb Tu Tandanya Kita Sedang Mengenali Diri Masing-Masing Dengan Lebih Dalam And Tu Jugak Membuktikan Masing-Masing Berlaku Jujur Dengan Diri Masing-Masing In Other Means Dua-Dua Xpura-Pura "BAIK" Depan Pasangan Masing-Masing.. So Aku Rasa Itu Yang Terbaik Kan?? Aku Xpernah Mengangap Pergaduhan Itu PENAMAT.. Tapi Bagi Aku Tu Permulaan Dari Setiap Kesalahan Kita Untuk Diperbaiki.. CINTA Bagi Aku Bukan 1 Permainan.. Bagi Aku Almost Kepada Tanggujawab Untuk Aku Bahagiakan Pasangan Aku.. Lebih Kurang Macam Pra-Perkhahwinan La Kot.. HaHaHa.. Seriously An, Aku Bila Orang Tanya Bila Nak Khawin... Aku Mmg Akan Jawab "Xnak Kawen Ahh.. Muda Lagi" Sebenarnya Aku Sedang Berbohong.. Sape Xnak Kawen Try Cakap Kat Aku?? Aku Ada IMPIAN Nak Hidup As Suami Isteri With Org Yang Aku Sayang.. Especially BF Aku Sekarang "Mohd Nazri Bin Mohd Ariffin" .. Dia Totally Buat Hidup Aku Macam Fairy-tale Gak Kadang-Kadang.. Hahaha.. Tipu La Kan Kalau Cakap Langsung Xgaduh, Tu Dah Asam Garam Couple.. But SEJUJURNYA Aku Bahagia Sangat-Sangat.. I Hope He'll Be Mine For Sure One Day.. Xsalah Lau Aku Berharap Kan?? Today Aku Xde La Nak Tulis Banyak Sangat... Sekadar Mengisi Kekosongan Hari.. Assalamualaikum..
Tuesday, 29 January 2013
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan
kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak
update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah
yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi
ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya
ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah
Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian
ini. Selamat membaca.
__________________________ ____
__________________________ ____
_____________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar
kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar
Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita
kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai
HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor
mencadangkan pembedahan segera dilakukan.
Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami
tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar
berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul
1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot
sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula
turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah
segera diberikan. Muka dan badan mula sembab
sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan.
Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya
melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di
betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah
tercedera dan kita menunggu dan berharap
kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua
sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan
ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual.
Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya.
Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang
berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak
dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa
tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung
tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya,
usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan
nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia
dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak
boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita
berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu
mencadangkan pelbagai bentuk rawatan
pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada
sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar
dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang
menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan
menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja.
Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa
rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan
hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh
seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak
mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan
dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an.
Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul
dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera
nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat
dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan
Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2
lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah
malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri
menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan
kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan
semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh.
Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan
pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat
dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru
menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke
telefon untuk memberi semangat kepada Hajar.
Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan
pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak
masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2
yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua
tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami
nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua
ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2
amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah
untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan
pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU
Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi
oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan
kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan
sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan
apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu
berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia
hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu
kecil kemampuan manusia berbanding dengan
kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti
diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang
sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG
MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita
dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk
mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak
disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki
segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak
punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau
dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa,
maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu
mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya
sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh
sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya,
saraf tunjangnya yang cedera dan juga
pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik
airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib,
tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup,
katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga
akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk
digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan
bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya,
dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci
kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara
seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua
atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan
kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan
mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut
SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok
jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…”
jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang
maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat.
Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema,
kahak tersumbat di saluran kerongkong dan
belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila
pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari
nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit
meminta bantuan kecemasan diberikan dengan
menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.
Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan
saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan
tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu,
selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam
menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami
disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu.
Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua
berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci
dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia
bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi.
Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur
terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa
doktor membantunya dan kami memohon bantuan
Allah, pertolongan tersebut telah datang.
Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali.
Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa
hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia
boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa
mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk
dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan
terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa
dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang
menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu
Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah
tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi,
“Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada
jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada
bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam
tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse
datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami
mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami
berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu.
Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai.
Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak
rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang
malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan
mensyukuri apa saja nikmat yang sedang
dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin
naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat
dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan
untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam
berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya
akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam
dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan
kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…
tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk
tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal
gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade
bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah
perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan
dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang
sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin
sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi
ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan
larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan
sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je,
Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di
sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera
saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu
dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah,
mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya
tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu
memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa
macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit
dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana
ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar,
dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit
untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah,
saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air
zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak
berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal
semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak
solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu.
Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari
rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa
yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan.
Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel
darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan
pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak.
Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu
besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit
tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa
urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak
doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya,
tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi
Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit
perut. Macam kembung. Perut mula membengkak
dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin
dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya
memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2
muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air
zam zam kerana muntah tersebut memahitkan
tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan
lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari
itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat.
Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan,
“nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak
solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah
boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia
untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput
adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati
nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg
terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata,
“Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak.
Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang
rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak
muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan
suami saya hanya menadahkan kain menahan
muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian
muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula
berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut
akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin
rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk
basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga,
akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan
usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan
untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak
menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang,
akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid
dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar
nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan
makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka
akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki
mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak
zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi
masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia
kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab
untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak
hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu,
akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang
adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan
Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri
yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak
panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan
berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan
memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2
dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang
banyak. Dia turut beritahu minta digantikan
puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang
dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang
kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu
tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.”
“Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak
tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa,
Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah
pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar
sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan
Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya.
Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak
mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita
yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar
membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor
sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak
terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan
sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan
dengan saraf tunjang yang gagal menghantar
arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil.
Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan
yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam
memburuk semula. Perut yang membengkak
menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu
tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi
menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan
dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga
punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam
zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn
bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa.
Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk
basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut
pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan
dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab,
“beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…
kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya..
Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia
angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak
putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk
menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta
dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan
terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa,
dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri
membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih
kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya
tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah.
Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak
dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila
dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun
dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak
lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur.
Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah.
Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan
akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya,
mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang
tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan
saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu
bola matanya bergerak ke atas. Segera saya
talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula
berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh
keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan
menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah
nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU
semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran
tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan
dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan
mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali
terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu
dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar
perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah
bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat
jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor
segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat,
……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin
biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di
dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib
tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali,
namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara
mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya
carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam
gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor
dan perlukan tembukan kecil diperut untuk
mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar,
pembedahan yang lebih besar diperlukan utk
memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan
semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang
kebenaran pembedahan untuk ditandatangani.
Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa
Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk
bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu
berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan
melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami
dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan
tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah
kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu,
seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar
yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak
berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah
rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan
boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana
toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni
organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami?
Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun
begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan
selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil.
Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh
berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu
cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh
berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi
apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang,
kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci
darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan
yang usus Hajar memang benar2 bocor dan
pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah
Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya
TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh
selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya.
TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG
LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa
bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang
pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak
membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung
terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu
keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya
nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan
kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau
boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan
dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh,
menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami
tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak
mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan,
mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan.
Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana
toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan
pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had
masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk
pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga
telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh
sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2
ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing
masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah
memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul
maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi
sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang
dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang,
TUHANMU yang lebih menyayangimu telah
menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun
kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih
kerana menganugerahkan akhlak yang mulia
terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia
kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan
limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha
Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung
keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat,
pensyarah, pegawai university dan saudara mara
hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan,
menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.
Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih
kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca
mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,
( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai
hati insan2 yang jujur menyayanginya
Allahummaghfirlaha Warhamha Wa’afihi Wa’fu
Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan
kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak
update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah
yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi
ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya
ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah
Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian
ini. Selamat membaca.
__________________________

Saturday, 26 January 2013
"kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain"
HARGAI DIA SEBELUM TERLAMBAT.... :)
Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..
Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..
Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........
"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...
Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..
Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..
Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..
Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....
30 Perkara Perempuan Tak Sempat Nak Bagitau Kat Lelaki
Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa&lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)
BAGUSNYE LAU ADA PAKWE CAM NI
Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam
SAMA2 PERLU TAHU
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
- Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
- Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
- Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
- Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
- Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
- Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan..
Betul kE..?????
PAKU DI HATI
Begini kisahnya..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
‘Untuk apakah paku-paku ini ayah?’ tanya pemuda tersebut.
‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
‘Keluarga dan sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Mereka juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.’
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda….
Orang akan melupakan apa yang kamu katakan…..
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan…...
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.
HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG!
HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG
BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN
SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH
TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!
Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah
mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan
dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli
ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun
2003:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan
bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan
kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa
JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak
munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian
telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan
yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi
wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa
haram untuk menikahi gadis sekampung?
Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan
menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,
apalagi satu kampung..........!!!
hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)
Cerita Longhat Terengganu
KISAH AMING GI SEJID.
Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.
Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..
Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.
Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.
JANGAN MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA.. BERSYUKUR DGN YANG ADA... :)
BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
Belajar Kawal Perasaan Daripada SANG ARJUNA
- Lelaki xpernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, xpernah terbawa2, dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya, dengan selamba mereka menjawab "Oh, aku dgn dia da pts." Kemudia mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dgn si gadis, Mereka lebih suka mnjwb "Tolong jgn tnya sal mamat 2 lg!"
- Lelaki melihat mslh utma mrk ialah khdpn mrk. Bgaimana nk truskan khdpn, nak cr krja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah pts. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' dan kenapa mst jd begitu!
- Pada lelaki, ada teman wanita adalah 1 bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup mrk xlengkap. Contohnya kalau mahu ke mana-mana xberteman.
- Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik bg memenhi masa mereka.
- Bila pts cinta, lelaki angap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk mencari gadis lain.
- Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak mahu merosakan emosi, hingga ada ungkapan,'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'
- Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditingalkan teman wanita, walhal mereka sedih dan terluka.
- Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.
- Lelaki tidak mengangap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.
- Lelaki akan cuba mengawal dari gugurnya air mata hanya kerana mahu mempertahankan keegoannya terutama dihadapan orang yang di sayanginya.
Apa yang tertulis kat sini aku copy dari 1 majalah... Lau ada yang xpuas hati aku mohon maaf...
Subscribe to:
Comments (Atom)